Tuesday, July 8, 2008

Contest

Grab a chance to win RM100 weekly by only sms TEKA Q to 39889

Wednesday, May 7, 2008

Konsert Gegar Olimpik di RTM1

MENGAMBIL inisiatif menambahkan kemeriahan Sukan Olimpik 2008, RTM mengambil peluang menganjurkan Konsert Gegar Olimpik '08 yang akan berlangsung pada 11 Mei ini, pukul 3.00 petang di RTM1.
Bertempat di Pangkalan Lumut, Perak, RTM menjanjikan kepuasan berterusan kepada audiensnya seiring dengan sambutan gilang-gemilang Hari Terbuka Armada 2008 dan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menariknya, Konsert Gegar Olimpik 2008 bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang dua jam siarannya.
Artis-artis yang terlibat dalam konsert berkenaan ialah Mas Idayu, Adam AF, Siti Sarah Raisuddin, Izwan Pilus, Sheila Abdul, Vic Teoh, Jerry John, Kumpulan 6ixth Sense dan Butterfingers.


Pastinya kerinduan peminat Mas Idayu yang agak lama aksinya tidak dilihat di pentas terubat menyaksikan kemunculannya menyanyikan lagu-lagu popularnya yang pernah menjadi siulan suatu ketika dulu.
Begitu juga dengan Adam AF yang baru-baru ini menggondol kemenangan menerusi pertandingan akhir anjuran RTM, Hits 1.

Adam bakal menghiburkan peminat setia dengan aksi dan tariannya yang bersahaja selain persembahan vokal mantap dijanjikan Siti Sarah Raisuddin, Izwan Pilus dan Sheila Abdul dalam persembahan mereka.
Namun tidak dikecualikan juga dua nama artis berlainan bangsa, Vic Teoh dan Jerry John yang dianggap bonus menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sudah tentu juga kemunculan dua buah kumpulan muzik, 6ixth Sense dan Butterfingers mampu memenuhi kepuasan penonton yang sentiasa dahagakan persembahan dengan iringan muzik disampaikan secara langsung.
Kepada anda yang ternanti-nantikan konsert yang mampu menjanjikan kepuasan berterusan, jangan lepaskan peluang menonton Konsert Gegar Olimpik '08 pada 11 Mei ini pada pukul 3.00 petang di RTM1.


-Sumber Utusan Online ( http://www.utusan.com.my )

Khai & Rosma Diijabkabulkan


Tiada kata yang lebih indah buat seorang gadis saat diri dilamar sang teruna yang yang dicintainya. Tiada lafaz yang lebih abadi dari cinta selain lafaz pengikat kasih sebagai suami isteri yang sah dan disukai Allah. Dengan sekali lafaz, kini Rosma telah menjadi milik Khai. Mereka merupakan pasangan pertama program realiti televisyen, AF1 yang mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin.

Bermulanya sebuah kisah cinta di pentas AF sejak tahun 2003 lalu yang penuh kemanisan. Tiada siapa yang menjangkakan termasuk tuan empunya diri dari usikan nakal peserta dan peminat AF menjadi realiti malah merupakan faktor utama menyuburkan benih cinta di hati masing-masing. Tatkala, Rosma melangkah keluar ketika namanya diumum tersingkir, berderai air mata Khai mengiringi kepulangan Rosma. Jua, tak siapa menjangkakan air mata Khai itu penuh keikhlasan, penuh rasa kasih dan cinta buat Rosma.

Dan tanggal 26 April 2008, Masjid Putrajaya menyaksikan sekali lagi air mata kesyukuran Mohd Khairul Nizam Mohammad Wahi atau Khai dengan Rosmayati Sidek atau Rosma saat diijabkabulkan pada jam 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan pada majlis yang sama.

Hantaran Khai sebanyak RM16,161.61 untuk Rosma yang juga menerima mas kahwin berjumlah RM100. Sebanyak 9 dulang dari pihak Khai berupa sireh junjung, tas tangan dan kasut berjenama Guess, sejadah, telekung serta senaskah al-Quran. Rosma pula membalas 11 dulang hantaran seperti, kek, minyak wangi, sireh junjung, kasut dan tali pinggang berjenama Armani Exchange, puding, coklat dan juga senaskah al-Quran.
-Sumber Mangga Online ( http://www.manggaonline.com.my/ )

Tuesday, April 1, 2008

Al-Fatihah buat Ibu Yusni Jaafar

Malaysia kehilangan satu lagi permata,Yusni Jaafar yang telah meninggal dunia 2.30 pagi tadi di Hospital Selayang. Dari Panglima Badol sehinggalah Cuci, dan sudah pastinya Opah, bakal menjadi kenangan yang tidak terhingga nilainya untuk kita semua. Semoga roh Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Monday, February 4, 2008

Gong Xi Fa Cai

Pihak pengurusan Music Lobby ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung Music Lobby yang berbangsa cina. Dapatkan koleksi lagu-lagu Cina di Music Lobby sekarang! Layari www.musiclobby.net sekarang!

Menangi RM300!

Hadiah peraduan teka lagu telah meningkat ke RM300 pada minggu. Jangan lepaskan peluang untuk memenanginya. Layari www.musiclobby.net untuk keterangan lanjut.

Wednesday, January 30, 2008

'Belangsungkawa' Loloq

Penulis lirik menghembus nafas terakhir selepas koma sejak Ahad lalu

PETALING JAYA: Penulis lirik dan pelakon, Rosli Khamis atau Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini, selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu.

Loloq menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Loloq, 50, dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu, akibat pendarahan otak selepas pengsan secara tiba-tiba di kediamannya. Sejak itu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Malah, pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya, Isnin lalu, tidak banyak membantu.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri Allahyarham, Hariyah Yaacob, 36, berada di sisinya. Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10; Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5.

Hariyah yang enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian suaminya berkata, Loloq meninggal dunia kerana pendarahan di otaknya.

“Selepas pembedahan, keadaan arwah stabil. Namun menurut doktor, disebabkan karbon dioksida terlalu banyak di dalam paru-parunya memberi kesan kepada seluruh sistem badan arwah,” kata Hariyah.

Jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Surau Al Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh selepas solat Asar.

Antara rakan artis yang hadir ialah Pengerusi Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Habsah Hassan; Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), Datuk Aziz Bakar; Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, Datuk A Rahman Hassan, Amy Search, Joe Wings, Hattan dan Ramli MS.

Loloq yang terkenal sebagai seorang penulis lirik menghasilkan lebih 1,000 lirik. Antaranya yang popular ialah Apokalips, Keroncong Nostradamus, Awan Yang Terpilu, Nur Nilam Sari, Aduh Saliha, terbaru Angan dan Sedar dan Sembunyi.

Allahyarham juga pernah berlakon dan banyak membintangi filem di bawah arahan Mamat Khalid iaitu Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombie Kampung Pisang selain pernah menulis dua skrip filem iaitu Orang Minyak dan Aduh Saliha.

Sahabat baik Allahyarham, M Nasir menyifatkan pemergian Loloq sebagai kehilangan besar buatnya.

“Saya ada ramai kawan tetapi tidak ada yang sepertinya. Saya terkilan kerana tidak dapat menghabiskan masa dengan arwah kerana dia tidak sedarkan diri. Kali terakhir saya bertemu dengannya kira-kira tiga minggu lalu,” kata M Nasir, satu-satunya teman rapat Allahyarham yang dibenarkan masuk ke bilik ICU.



-Petikan dari Berita Harian (Khamis 31 Januari 2008)