Sunday, December 30, 2007

Selamat Datang 2008

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua ahli Music Lobby Fun Club dan tidak lupa juga kepada semua pengunjung.

Esok tahun 2007 akan meninggalkan kita dan tahun 2008 akan datang sebagai pengganti. Dan kala inilah setiap orang akan mula memikirkan dan memasang azam mereka dan seperti tahun tahun sebelumnya mengharapkan azam mereka tercapai. Begitu juga dengan kami di Music Lobby. Kami berazam untuk menyediakan lebih banyak kandungan yang lebih memberi anda semua kepuasan. Nantikan promosi dan aktiviti terbaru untuk tahun 2008 di Music Lobby.

Kami ingin berterima kasih kepada anda semua yang telah banyak menyokong kami serta menyokong industri muzik tanahair. Dengan cara memuat-turun lagu-lagu yang sah seperti di music lobby, situasi ini dapat membanteras kegiatan cetak rompak dan secara tidak langsung kita telah membantu kerajaan dalam merealisasikan 0% cetak rompak.

Akhir kata dari kami di Music Lobby ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008, semoga tahun baru kali ini lebih membawa erti kepada anda!

Monday, December 24, 2007

Merry Christmas

Ho Ho Ho Merry Christmas to all Music Lobby Fun Club's member and Music Lobby visitor.

Cheer up your Christmas week with fabulous Christmas songs from Music Lobby at only RM3 per song.

Visit us here for more detail.
www.musiclobby.net

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pihak pengurusan Music Lobby ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung Music Lobby terutama ahli-ahli Music Lobby Fun Club.

Sila layari www.musiclobby.net & www.daruliqraq.net untuk mendapatkan lagu lagu terkini dengan kadar harga promosi yang paling terendah di pasaran masa kini.

Tuesday, December 4, 2007

Konsert Live & Loud KL

Pada 2hb Disember yang lepas, saya bersama rakan saya berkesempatan untuk pergi menonton Konsert World Music, Heritage & Culture yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Park sempena Live & Loud Music Festival di Kuala Lumpur. Untuk segmen pertama, artis-artis dari Akademi Fantasia telah membuat persembahan. Artis yang terlibat adalah Mawi, Zahid, Bob, Haziq, Faizal, Mila, Velvet, Rosma dan Zarina. Persembahan yang menarik dan menghiburkan telah diberikan oleh oleh kesemua artis. Ini diakui oleh rakan saya walaupun dia tidak begitu meminati artis-artis AF. Mereka menyanyikan lagu-lagu rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia dan juga lagu-lagu lama yang masih menyentuh perasaan bila mendengarnya.

Tetapi, yang kurang menariknya disini, penonton yang hadir ke konsert tersebut cukup mengecewakan. Saya kira dalam linkungan dua ribu penonton sahaja yang hadir. Minta maaf kalau saya tersilap tetapi yang nyata jumlah penonton yang hadir tidak standing dengan nama konsert tersebut. Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini?? Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Yang paling menyedihkan, sudah jumlah penonton yang hadir tidak ramai, penonton juga kebanyakannya pulang apabila persembahan artis-artis AF semua nya selesai. Sedangkan, terdapat satu lagi segmen dimana Zainal Abidin akan membuat persembahan solo. Bayangkan hamper tiga suku penonton yang tidak ramai tadi semuanya pulang, berapakah penonton yang tinggal untuk menonton persembahan Zainal Abidin. Nasib baiklah Zainal ni artis professional yang tetap ceria dan bertenaga memberikan persembahan yang menghiburkan kepada penonton yang setia itu. Apa apa pun saya telah salut pada Zainal Abidin yang sanggup memberikan persembahan yang best walaupun kepenatan disebabkan baru sahaja pulang dari Thailand membuat persembahan disana. Yang pastinya, peminat-peminat Zainal yang setia itu pasti terhibur dengan persembahan Zainal Abidin.

Sekali lagi, persoalan di atas saya ajukan untuk kita sama-sama berfikir demi untuk memartabatkan industri muzik tanah air kita.

Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini??

Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Adakah lokasi konsert yang tidak strategik??

Adakah tiket konsert artis tempatan mahal dan tidak berbaloi walaupun tiket untuk konsert artis luar jauh lebih mahal??

Oleh : Rushskeith