Sunday, December 30, 2007

Selamat Datang 2008

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua ahli Music Lobby Fun Club dan tidak lupa juga kepada semua pengunjung.

Esok tahun 2007 akan meninggalkan kita dan tahun 2008 akan datang sebagai pengganti. Dan kala inilah setiap orang akan mula memikirkan dan memasang azam mereka dan seperti tahun tahun sebelumnya mengharapkan azam mereka tercapai. Begitu juga dengan kami di Music Lobby. Kami berazam untuk menyediakan lebih banyak kandungan yang lebih memberi anda semua kepuasan. Nantikan promosi dan aktiviti terbaru untuk tahun 2008 di Music Lobby.

Kami ingin berterima kasih kepada anda semua yang telah banyak menyokong kami serta menyokong industri muzik tanahair. Dengan cara memuat-turun lagu-lagu yang sah seperti di music lobby, situasi ini dapat membanteras kegiatan cetak rompak dan secara tidak langsung kita telah membantu kerajaan dalam merealisasikan 0% cetak rompak.

Akhir kata dari kami di Music Lobby ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008, semoga tahun baru kali ini lebih membawa erti kepada anda!

Monday, December 24, 2007

Merry Christmas

Ho Ho Ho Merry Christmas to all Music Lobby Fun Club's member and Music Lobby visitor.

Cheer up your Christmas week with fabulous Christmas songs from Music Lobby at only RM3 per song.

Visit us here for more detail.
www.musiclobby.net

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pihak pengurusan Music Lobby ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung Music Lobby terutama ahli-ahli Music Lobby Fun Club.

Sila layari www.musiclobby.net & www.daruliqraq.net untuk mendapatkan lagu lagu terkini dengan kadar harga promosi yang paling terendah di pasaran masa kini.

Tuesday, December 4, 2007

Konsert Live & Loud KL

Pada 2hb Disember yang lepas, saya bersama rakan saya berkesempatan untuk pergi menonton Konsert World Music, Heritage & Culture yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Park sempena Live & Loud Music Festival di Kuala Lumpur. Untuk segmen pertama, artis-artis dari Akademi Fantasia telah membuat persembahan. Artis yang terlibat adalah Mawi, Zahid, Bob, Haziq, Faizal, Mila, Velvet, Rosma dan Zarina. Persembahan yang menarik dan menghiburkan telah diberikan oleh oleh kesemua artis. Ini diakui oleh rakan saya walaupun dia tidak begitu meminati artis-artis AF. Mereka menyanyikan lagu-lagu rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia dan juga lagu-lagu lama yang masih menyentuh perasaan bila mendengarnya.

Tetapi, yang kurang menariknya disini, penonton yang hadir ke konsert tersebut cukup mengecewakan. Saya kira dalam linkungan dua ribu penonton sahaja yang hadir. Minta maaf kalau saya tersilap tetapi yang nyata jumlah penonton yang hadir tidak standing dengan nama konsert tersebut. Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini?? Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Yang paling menyedihkan, sudah jumlah penonton yang hadir tidak ramai, penonton juga kebanyakannya pulang apabila persembahan artis-artis AF semua nya selesai. Sedangkan, terdapat satu lagi segmen dimana Zainal Abidin akan membuat persembahan solo. Bayangkan hamper tiga suku penonton yang tidak ramai tadi semuanya pulang, berapakah penonton yang tinggal untuk menonton persembahan Zainal Abidin. Nasib baiklah Zainal ni artis professional yang tetap ceria dan bertenaga memberikan persembahan yang menghiburkan kepada penonton yang setia itu. Apa apa pun saya telah salut pada Zainal Abidin yang sanggup memberikan persembahan yang best walaupun kepenatan disebabkan baru sahaja pulang dari Thailand membuat persembahan disana. Yang pastinya, peminat-peminat Zainal yang setia itu pasti terhibur dengan persembahan Zainal Abidin.

Sekali lagi, persoalan di atas saya ajukan untuk kita sama-sama berfikir demi untuk memartabatkan industri muzik tanah air kita.

Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini??

Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Adakah lokasi konsert yang tidak strategik??

Adakah tiket konsert artis tempatan mahal dan tidak berbaloi walaupun tiket untuk konsert artis luar jauh lebih mahal??

Oleh : Rushskeith

Wednesday, November 14, 2007

Kaset, cakerat padat pupus menjelang 2010?

Mungkinkah pemain audio seperti kaset dan cakerat padat akan pupus menjelang 2010 ? Hal ini menjadi topik hagat dikalangan pengusaha syarikat rakaman. Ini berpandukan beberapa pendapat yang merasakan dunia digital maya kini telah menguasai industri rakaman dan untuk mendapatkannya cuma dengan menekan butang dan ia dapat diakses dan dimuat turut dengan pantas sekali.

�Saya boleh katakan 30 hingga 40 peratus pendapatan syarikat rakaman kini diperolehi daripada lagu-lagu yang dimuat turun, sama ada melalui rangkaian syarikat telekomunikasi yang memperkenalkan telefon bimbit , ipod ataupun internet . Trend ini dilihat semakin meningkat dengan majunya teknologi maklumat yang tiada batasnya,� kata Dexter Koh , pengurus produksi Music Valley Sdn. Bhd.

�Sebagaimana piring hitam pupus apabila terciptanya kaset dan cekera padat , begitu juga budaya muat turun melalui pelbagai instrumen akan mengatasi jualan kaset dan cakera padat,� dakwanya lagi.

Perkara ini turut dipersetujui Encik Mokhtaza Ahmad , pengurus artis syarikat rakaman antarabangsa Warner Music .

Menurutnya, hasil jualan lagu dan filem melalui muat turun telah menjadi trend yang berkembang pesat di seluruh dunia. Di Filipina misalnya, kaset tidak lagi dijual dipasaran manakala di Thailand cuma tinggal 5 peratus sahaja . Lain lagi di Amerika Syarikat , Jerman , Jepun , Korea dan di negara-negara maju yang lain, kaset dan cakera padat telah dianggap lapuk dan sukar ditemui,� beritahu Mokhtaza Ahmad.

Sedikit masa lalu, kita telah dikejutkan oleh penyataan syarikat rakaman yang mendakwa penjualan kaset dan cakera padat telah merosot dengan ketara tetapi tidak pula mengulas mengenai pendapatan baru melalui muat turun.

�Kita lihat radio dan pemain lagu di kenderaan telah diperkenalkan menggunakan USB tanpa pemain kaset atau cakera padat, cukup dengan pen drive . Pasaran kaset kita mungkin masih banyak dalam lambakan pasaran, tapi apabila USB dan pen drive kini digunakan secara meluas, lambat laun kaset dan cakera padat akan pupus mengikut peredaran masa ,� kata Mokhtaza lagi.

Di Malaysia meskipun secara keseluruhan penjualan lagu melalui muat turun telah mencapai purata 30 hingga 40 peratus pendapatan syarikat rakaman, tapi ada sesetengah lagu apabila menjadi hit, pendapatan muat turun telah mengatasi jualan kaset dan cakera padat album penuh malah ada yang mencecah RM 7 angka.

�Ini menandakan muat turun merupakan instrumen yang utama pada masa depan yang kini amat dirasai perkembangannya, � akhiri Mokhtaza Ahmad.

Monday, November 12, 2007

Siti Sarah Lawan Ezlyn. Apa Rasionalnya?

Apa dah jadi dengan kedua artis ini dengan saling menunding jari antara satu sama lain melalui sidang akhbar yang diaturkan oleh mereka. Ceritanya Ezlyn Entertainment, milik penyanyi lawa ini, melalui pengurusnya Adam pernah menawarkan persembahan kepada Siti Sarah Raissuddin yang genit dan bertunangan Mat Salleh, tapi tidak hadir pada waktu yang ditetapkan.

Sarah yang berlinangan airmata dihadapan wartawan, mendakwa Ezlyn bersikap prejudis menyalahkannya atas kegagalannya hadir pada persembahan yang diaturkan Adam. Sedangkan pada hari yang sama , Sarah Raissuddin dilihat menjayakan satu program tv khas sempena syawal al Mubarak di Singapura. Menurut Sarah, dia tidak mendapat maklumat yang lengkap berhubung persembahan yang diaturkan oleh Adam dan pengesahan mengenai persembahan tersebut dimaklumkan agak lewat iaitu sehari sebelum tarikh persembahan.

Lantas pihak Ezlyn pun mengaturkan sidang akhbar yang berlainan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan Sarah. Dakwa pengurus Ezlyn Entertainment, Adam, Sarah Raissuddin telah bersetuju secara lisan untuk hadir menjayakan persembahan yang diaturkan, tapi sebaliknya yang berlaku tanpa kalibat Sarah pada hari yang dijanjikan.

Kedua-dua sidang akhbar yang diadakan bertujuan untuk memaklumkan kesalahan masing-masing, sehingga mahu membawa isu tersebut kemuka pengadilan iaitu mahkamah.

Bagi ML hal ini tidaklah sebesar mana apabila artis yang dijanjikan tidak hadir pada waktu persembahan. Hal ini bukanlah baru dan kerap berlaku dikalangan artis-artis tempatan. Sesetengahnya memaklumkan saat akhir tidak dapat menghadiri persembahan atas sebab-sebab tertentu, seperti ada kecemasan, sakit atau menerima persembahan yang lebih lumayan.

Biasanya, kes-kes ini dilupakan begitu sahaja, dengan artis terbabit digam atau tidak mahu lagi dirundingkan pada masa-masa hadapan. Tapi lain pula ceritanya apabila Adam bagi pihak Ezlyn Entertainment mahu mendakwa Sarah Raissuddin di mahkamah hanya kerana biasan katanya. Ezlyn yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut tidak banyak pula `buka mulut', tapi membiarkan Adam membuat kenyataan.

Sarah Raissuddin pula tidak diketahui bernaung dengan syarikat rakaman mana setelah syarikat rakamannya yang terdahulu NAR Record `tutup kedai'. Bukan kerana penjualan album merosot, tapi pihak pengurusan NAR Record yang diketahui memiliki rangkaian perniagaan yang lain tidak berminat lagi pada perniagaan hiburan ini.

Sudah tentu apabila bergiat secara sendiri, Sarah Raissuddin perlu menerima sebanyak mana tawaran dengan peringatan `firs come, first serve'. Ringkas cerita siapa yang bagi modal dulu lah. Sarah juga ingin menyertai program realiti tv `One In A Million' sebagaimana pernah disertai Dayang Nurfaezah sedikit masa lalu. Tujuannya untuk memanjangkan lagi kariernya.

Kisah dengan Ezlyn Entertainment ini, penjanjian untuk mengadakan persembahan cuma dengan janji lisan, persetujuan mulut tanpa dokumen atau perjanjian bertulis. Depositpun tidak diterima. Mungkinkah, mahkamah boleh membuat keputusan atas alasan janji mulut ini sahaja? Allahualam.

Saturday, November 10, 2007

Indonesia Protes Malaysia Pasal Sebuah Lagu

Baru-baru ini Malaysia telah menghantar kontigen bagi menyertai minggu pelancongan di Osaka sempena Asia Festival Oktober 2007 lalu. Gerai pameran Malaysia dikatakan telah mendapat respon yang hangat manakala persembahan kebudayaannya pula mendapat pujian. Hal ini tidak disenangi oleh pemerhati terutama wakil konsulat Indonesia di Osaka, Jepun apabila membuat protes ke atas persembahan kebudayaan negara. Konsulat Jenderal Indonesia di Osaka, Pitono Pernomo dikatakan tidak berlengah-lengah lagi telah mengutuskan surat protes kepada Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia di Osaka, Azhari Haron dengan mendakwa Malaysia telah menyalahgunakan lagu pusaka Indonesia dalam persembahan kebudayaan Malaysia.

"Kami sudah mengirimkan surat protes kepada pihak Malaysia tapi dipandang sepi oleh mereka," kata Pitono Purnomo, Konsulat Jeneral Indonesia.

Tidak selesai disitu sahaja, Pitono Purnomo kemudian menghubungi Pejabat Luar Negara dan Pejabat Kebudayaan/Pariwisata negaranya di Jakarta juga Duta Besarnya di Kuala Lumpur.

"Surat protes ini penting sebagai peringatan keras terhadap Malaysia agar tidak lagi sembarangan menggunakan lagu-lagu Indonesia. Kejadian ini nanti dimengertikan negatif, misalnya seperti menentang Indonesia," ujarnya seperti yang dipetik akhbar Antara.

Oleh sebab itu, katanya lagi, pihak konsulat tanpa berlengah-lengah mengirimkan surat peringatan supaya Malaysia ambil iktibar dan tidak memburukkan lagi hubungan antara dua negara yang bertetangga. Melihat kepada saranannya itu, konsulat tersebut betul-betul terluka dan jadi haru-biru apatah lagi persembahan kebudayaan Malaysia itu cukup mempesonakan penonton yang hadir. Maklum Pitono Purnomo, Malaysia tidak salah menggunakan lagu-lagu yang berasal dari negaranya asalkan nama Indonesia juga disebut sebagai lagu ciptaan negara tersebut.

"Kita sebetulnya bangga juga kalau lagu kita diperkenalkan oleh pihak lain, tetapi bukan begitu caranya," kata Pitono lagi, seolah tersinggung dengan sikap delegasi Malaysia yang tidak memberikan respon yang sewajarnya.

Pitono menjelaskan lagi, perbuatan dengan sengaja menukarkan lirik dan gubahan muzik oleh pihak Malaysia akan menyebabkan penonton berasakan bahwa keseluruhan persembahan kebudayaan yang dipertontonkan itu adalah milik Malaysia. Penggunaan lagu Indonesia itu dikatakan terjadi ketika berlangsungnya acara Asia Festival 2007 yang turut disertai negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia dan Malaysia pada 12-14 Oktober lalu. Kebetulan seorang wakil konsulat Jenderal Osaka sedang menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia "Cinta Sayang" pada 14 Oktober lalu. Salah satu tarian yang dipersembahkan Malaysia menggunakan iringan muzik yang dikatakan berasal dari Sumatera Barat khususnya kaum minang "Indang Sungai Garinggiang". Cuma mungkin, konsulat jeneral tersebut tidak dimaklumkan bahawa kaum Minang telah lama berada di Malaysia malah sebelum negara Merdeka lagi dan lagu tersebut telah menjadi lagu tradisi mereka yang rata-ratanya kini telahpun menjadi rakyat Malaysia.

Dilaporkan lagi selepas Pejabat Pelancongan Malaysia di Osaka selesai menampilkan kontigen Malaysia tanpa memaklumkan lagu tersebut sebenarnya berasal dari Indonesia, wakil Indonesia tanpa berlengah-lengah menghubungi pelbagai pihak di Jakarta dan Sumetara bagi mendapatkan kepastian bahawa lagu "Indang Sungai Garinggiang" adalah ciptaan Tiar Ramon, pemuzik dan penyanyi berasal dari Sumatera pada tahun 1981. Kok ribut hanya pasal sebuah lagu yang cuma mengambil masa beberapa minit dan tidak pula dilaporkan tentang persembahan-persembahan menarik lainnya dari Malaysia. Seorang pegawai Istana Budaya Kuala Lumpur apabila diminta menceritakan hal tersebut mengatakan bahawa kemungkinan pihak Indonesia merasa cemburu melihatkan persembahan dari Malaysia itu sebenarnya mendapat pujian tinggi para hadirin.

Begitulah halnya, sentimen negara tetangga ini yang serumpun sebagai mana bisingnya mereka apabila seorang dua rakyatnya di Malaysia mendapat layanan buruk, sehingga berkerumun mengadakan protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta tapi tidak pula melaporkan tentang kejadian samun, rompakan, pembunuhan yang berleluasa dilakukan oleh warga Indonesia terhadap warga Malaysia yang jumlahnya berlipat kali ganda tapi dipandang sepi oleh pihak media massanya. Mungkin elok juga dijemput wartawan-wartawan Indonesia ke penjara-penjara Malaysia yang tidak mungkin dapat disorok lagi jumlahnya yang melakukan jenayah berat.