Tuesday, December 4, 2007

Konsert Live & Loud KL

Pada 2hb Disember yang lepas, saya bersama rakan saya berkesempatan untuk pergi menonton Konsert World Music, Heritage & Culture yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Park sempena Live & Loud Music Festival di Kuala Lumpur. Untuk segmen pertama, artis-artis dari Akademi Fantasia telah membuat persembahan. Artis yang terlibat adalah Mawi, Zahid, Bob, Haziq, Faizal, Mila, Velvet, Rosma dan Zarina. Persembahan yang menarik dan menghiburkan telah diberikan oleh oleh kesemua artis. Ini diakui oleh rakan saya walaupun dia tidak begitu meminati artis-artis AF. Mereka menyanyikan lagu-lagu rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia dan juga lagu-lagu lama yang masih menyentuh perasaan bila mendengarnya.

Tetapi, yang kurang menariknya disini, penonton yang hadir ke konsert tersebut cukup mengecewakan. Saya kira dalam linkungan dua ribu penonton sahaja yang hadir. Minta maaf kalau saya tersilap tetapi yang nyata jumlah penonton yang hadir tidak standing dengan nama konsert tersebut. Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini?? Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Yang paling menyedihkan, sudah jumlah penonton yang hadir tidak ramai, penonton juga kebanyakannya pulang apabila persembahan artis-artis AF semua nya selesai. Sedangkan, terdapat satu lagi segmen dimana Zainal Abidin akan membuat persembahan solo. Bayangkan hamper tiga suku penonton yang tidak ramai tadi semuanya pulang, berapakah penonton yang tinggal untuk menonton persembahan Zainal Abidin. Nasib baiklah Zainal ni artis professional yang tetap ceria dan bertenaga memberikan persembahan yang menghiburkan kepada penonton yang setia itu. Apa apa pun saya telah salut pada Zainal Abidin yang sanggup memberikan persembahan yang best walaupun kepenatan disebabkan baru sahaja pulang dari Thailand membuat persembahan disana. Yang pastinya, peminat-peminat Zainal yang setia itu pasti terhibur dengan persembahan Zainal Abidin.

Sekali lagi, persoalan di atas saya ajukan untuk kita sama-sama berfikir demi untuk memartabatkan industri muzik tanah air kita.

Adakah pihak penganjur gagal mempromosikan konsert ini??

Atau adakan rakyat Malaysia sendiri yang hanya berminat melihat artis-artis luar membuat persembahan??

Adakah lokasi konsert yang tidak strategik??

Adakah tiket konsert artis tempatan mahal dan tidak berbaloi walaupun tiket untuk konsert artis luar jauh lebih mahal??

Oleh : Rushskeith

1 comment:

Anonymous said...

mmm nih pasal promosi terhadap konsert tuh yang kurang .. promosi pasal live & loud nih memang power tapi tak der lak promosi mengenai every single konsert yang diorang anjur kan ... so pihak penganjur perlu banyakkan promosi untuk setiap konsert tahun depan (kalau ada lagi lah ..)