Wednesday, November 14, 2007

Kaset, cakerat padat pupus menjelang 2010?

Mungkinkah pemain audio seperti kaset dan cakerat padat akan pupus menjelang 2010 ? Hal ini menjadi topik hagat dikalangan pengusaha syarikat rakaman. Ini berpandukan beberapa pendapat yang merasakan dunia digital maya kini telah menguasai industri rakaman dan untuk mendapatkannya cuma dengan menekan butang dan ia dapat diakses dan dimuat turut dengan pantas sekali.

�Saya boleh katakan 30 hingga 40 peratus pendapatan syarikat rakaman kini diperolehi daripada lagu-lagu yang dimuat turun, sama ada melalui rangkaian syarikat telekomunikasi yang memperkenalkan telefon bimbit , ipod ataupun internet . Trend ini dilihat semakin meningkat dengan majunya teknologi maklumat yang tiada batasnya,� kata Dexter Koh , pengurus produksi Music Valley Sdn. Bhd.

�Sebagaimana piring hitam pupus apabila terciptanya kaset dan cekera padat , begitu juga budaya muat turun melalui pelbagai instrumen akan mengatasi jualan kaset dan cakera padat,� dakwanya lagi.

Perkara ini turut dipersetujui Encik Mokhtaza Ahmad , pengurus artis syarikat rakaman antarabangsa Warner Music .

Menurutnya, hasil jualan lagu dan filem melalui muat turun telah menjadi trend yang berkembang pesat di seluruh dunia. Di Filipina misalnya, kaset tidak lagi dijual dipasaran manakala di Thailand cuma tinggal 5 peratus sahaja . Lain lagi di Amerika Syarikat , Jerman , Jepun , Korea dan di negara-negara maju yang lain, kaset dan cakera padat telah dianggap lapuk dan sukar ditemui,� beritahu Mokhtaza Ahmad.

Sedikit masa lalu, kita telah dikejutkan oleh penyataan syarikat rakaman yang mendakwa penjualan kaset dan cakera padat telah merosot dengan ketara tetapi tidak pula mengulas mengenai pendapatan baru melalui muat turun.

�Kita lihat radio dan pemain lagu di kenderaan telah diperkenalkan menggunakan USB tanpa pemain kaset atau cakera padat, cukup dengan pen drive . Pasaran kaset kita mungkin masih banyak dalam lambakan pasaran, tapi apabila USB dan pen drive kini digunakan secara meluas, lambat laun kaset dan cakera padat akan pupus mengikut peredaran masa ,� kata Mokhtaza lagi.

Di Malaysia meskipun secara keseluruhan penjualan lagu melalui muat turun telah mencapai purata 30 hingga 40 peratus pendapatan syarikat rakaman, tapi ada sesetengah lagu apabila menjadi hit, pendapatan muat turun telah mengatasi jualan kaset dan cakera padat album penuh malah ada yang mencecah RM 7 angka.

�Ini menandakan muat turun merupakan instrumen yang utama pada masa depan yang kini amat dirasai perkembangannya, � akhiri Mokhtaza Ahmad.

No comments: