Monday, November 12, 2007

Siti Sarah Lawan Ezlyn. Apa Rasionalnya?

Apa dah jadi dengan kedua artis ini dengan saling menunding jari antara satu sama lain melalui sidang akhbar yang diaturkan oleh mereka. Ceritanya Ezlyn Entertainment, milik penyanyi lawa ini, melalui pengurusnya Adam pernah menawarkan persembahan kepada Siti Sarah Raissuddin yang genit dan bertunangan Mat Salleh, tapi tidak hadir pada waktu yang ditetapkan.

Sarah yang berlinangan airmata dihadapan wartawan, mendakwa Ezlyn bersikap prejudis menyalahkannya atas kegagalannya hadir pada persembahan yang diaturkan Adam. Sedangkan pada hari yang sama , Sarah Raissuddin dilihat menjayakan satu program tv khas sempena syawal al Mubarak di Singapura. Menurut Sarah, dia tidak mendapat maklumat yang lengkap berhubung persembahan yang diaturkan oleh Adam dan pengesahan mengenai persembahan tersebut dimaklumkan agak lewat iaitu sehari sebelum tarikh persembahan.

Lantas pihak Ezlyn pun mengaturkan sidang akhbar yang berlainan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan Sarah. Dakwa pengurus Ezlyn Entertainment, Adam, Sarah Raissuddin telah bersetuju secara lisan untuk hadir menjayakan persembahan yang diaturkan, tapi sebaliknya yang berlaku tanpa kalibat Sarah pada hari yang dijanjikan.

Kedua-dua sidang akhbar yang diadakan bertujuan untuk memaklumkan kesalahan masing-masing, sehingga mahu membawa isu tersebut kemuka pengadilan iaitu mahkamah.

Bagi ML hal ini tidaklah sebesar mana apabila artis yang dijanjikan tidak hadir pada waktu persembahan. Hal ini bukanlah baru dan kerap berlaku dikalangan artis-artis tempatan. Sesetengahnya memaklumkan saat akhir tidak dapat menghadiri persembahan atas sebab-sebab tertentu, seperti ada kecemasan, sakit atau menerima persembahan yang lebih lumayan.

Biasanya, kes-kes ini dilupakan begitu sahaja, dengan artis terbabit digam atau tidak mahu lagi dirundingkan pada masa-masa hadapan. Tapi lain pula ceritanya apabila Adam bagi pihak Ezlyn Entertainment mahu mendakwa Sarah Raissuddin di mahkamah hanya kerana biasan katanya. Ezlyn yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut tidak banyak pula `buka mulut', tapi membiarkan Adam membuat kenyataan.

Sarah Raissuddin pula tidak diketahui bernaung dengan syarikat rakaman mana setelah syarikat rakamannya yang terdahulu NAR Record `tutup kedai'. Bukan kerana penjualan album merosot, tapi pihak pengurusan NAR Record yang diketahui memiliki rangkaian perniagaan yang lain tidak berminat lagi pada perniagaan hiburan ini.

Sudah tentu apabila bergiat secara sendiri, Sarah Raissuddin perlu menerima sebanyak mana tawaran dengan peringatan `firs come, first serve'. Ringkas cerita siapa yang bagi modal dulu lah. Sarah juga ingin menyertai program realiti tv `One In A Million' sebagaimana pernah disertai Dayang Nurfaezah sedikit masa lalu. Tujuannya untuk memanjangkan lagi kariernya.

Kisah dengan Ezlyn Entertainment ini, penjanjian untuk mengadakan persembahan cuma dengan janji lisan, persetujuan mulut tanpa dokumen atau perjanjian bertulis. Depositpun tidak diterima. Mungkinkah, mahkamah boleh membuat keputusan atas alasan janji mulut ini sahaja? Allahualam.

No comments: